Carragher ramal Gyokeres akan disisihkan

Carragher ramal Gyokeres akan disisihkan


BEKAS pertahanan Liverpool, Jamie Carragher percaya Mikel Arteta mungkin belum sepenuhnya meletakkan kepercayaan kepada Viktor Gyokeres untuk beraksi dalam perlawanan besar.

Carragher turut menjangkakan penyerang baharu Arsenal itu tidak akan diturunkan ketika menentang Liverpool dalam tempoh dua minggu lagi.

Gyokeres, yang melengkapkan perpindahan dari Sporting pada awal musim panas lalu, membuat penampilan sulung di Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu ketika Arsenal membuka tirai kempen menentang Manchester United di Old Trafford.

Walaupun The Gunners berjaya meraih kemenangan tipis 1-0, ia menjadi aksi yang hambar buat Gyokeres yang gagal meninggalkan impak.

Penyerang Sweden itu hanya mencatat 21 sentuhan, menyempurnakan empat daripada sembilan hantaran serta tidak melakukan sebarang percubaan tepat ke gawang sebelum digantikan oleh Kai Havertz pada minit ke-60.

Carragher menjangkakan Gyokeres akan kembali diberi peluang ketika Arsenal berdepan Leeds United minggu depan, namun menegaskan Havertz dijangka kembali dalam kesebelasan utama apabila The Gunners bertandang ke Anfield selepas itu.

“Sejujurnya, saya fikir mereka akan kembali menggunakan Havertz untuk perlawanan besar. Saya boleh nampak Gyokeres menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan, tapi menentang Liverpool, saya akan terkejut jika Havertz tidak diturunkan.

“Dalam pandangan Arteta, Havertz adalah pemain penting dan sukar untuk diketepikan minggu demi minggu,” katanya.

Dalam pada itu, Gary Neville tidak bersetuju dan menegaskan kritikan terhadap aksi Gyokeres di Old Trafford agak keterlaluan.

“Arsenal perlukan penyerang tengah dan mereka sudah membawanya masuk. Ramai mengkritik aksi pertamanya menentang United, tapi daripada apa yang saya lihat, dia berpotensi menyusahkan banyak pertahanan,” ujar Neville.



Source link

OR

Scroll to Top