ASFC bidik kejuaraan Pesta Bola Merdeka

ASFC bidik kejuaraan Pesta Bola Merdeka


Faizal (barisan depan, lima dari kiri) bersama barisan pemain ASFC yang bakal menggalas cabaran dalam Karnival Pesta Bola Merdeka 2025, Sabtu ini.

ANAK Selangor Fan Club (ASFC) bertekad membawa pulang trofi edisi 2025 apabila Karnival Pesta Bola Merdeka membuka tirai Sabtu ini.

Presidennya yang juga kapten ASFC Faizal Wahid menegaskan pasukan amatur berstatus kelab penyokong itu akan turun dengan barisan terkuat demi memburu kejuaraan selepas menamatkan saingan edisi 2024 di tempat ketiga.

“ASFC datang dengan misi besar iaitu menjuarai edisi kali ini, selain mahu membuktikan kelab penyokong negeri juga mampu tampil dengan pasukan bola sepak terbaik,” katanya kepada Sukan Sinar.

Edisi tahun lalu hanya disertai empat kelab penyokong dari Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor, namun saingan 2025 dijangka lebih sengit dengan penyertaan lapan pasukan amatur di Radia Arena, Bukit Jelutong.

Antara yang turut serta ialah VBG FC (Perak), Seratarata FC (Kedah), GAPT FC (Terengganu), ASFC (Selangor), Trofast FC (Perlis), VRAP FC (Pahang), Botanic Vet FC (Sabah) dan VI FC (Kuala Lumpur).



Source link

OR

Scroll to Top