Lebih 60 juta umat Islam kunjungi dua masjid suci sepanjang Muharam

Lebih 60 juta umat Islam kunjungi dua masjid suci sepanjang Muharam


UMAT Islam kembali berkumpul di Makkah untuk melaksanakan ibadah umrah selepas tamatnya musim haji. Foto Canva

PIHAK Berkuasa Am Penjagaan Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan seramai 60.2 juta umat Islam telah mengunjungi Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang bulan Muharam 1447 Hijrah, lapor Saudi Gazette.

Daripada jumlah itu, 27.5 juta jemaah menunaikan ibadah di Masjidil Haram termasuk 47,823 orang yang solat di kawasan Hateem, Hijr Ismail.

Sementara itu, 7.8 juta jemaah menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Di Madinah pula, 21.5 juta umat Islam hadir menunaikan ibadah di Masjid Nabawi. Seramai 1.1 juta berpeluang solat di Ar-Raudah Ash-Sharifah, manakala 2.1 juta menziarahi makam Rasulullah SAW serta dua sahabat Baginda.

Pihak berkuasa Arab Saudi menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan demi menjamin keselesaan, ketenangan dan kelancaran ibadah para jemaah.

Segala usaha dilakukan selaras dengan arahan kepimpinan Arab Saudi untuk memastikan tiada sebarang sekatan masuk di dua masjid suci itu.



Source link

OR

Scroll to Top