Kuartet negara tepati ramalan gondol emas

Kuartet negara tepati ramalan gondol emas

Kuartet negara tepati ramalan gondol emas


sukan@hmetro.com.my

Kangar: Kuartet 4×100 meter lelaki dan wanita negara menepati ramalan apabila menjuarai acara berkenaan di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2025 di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.

Dalam acara lelaki, kuartet negara yang dibarisi bekas raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa serta dua pelari muda yang meningkat naik, Pengiran Aidil Auf Pengiran Rosli dan Danish Iftikar Muhammad Roslee merekodkan masa rasmi 39.68 saat (s) untuk merangkul emas.

Kuartet pilihan itu begitupun diberi saingan hebat kuartet Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang diwakili Mohamad Thaqif Mohammad Hisham, Aliff Iman Mohd Fahimi, Muhamad Haziq Mohamad Akhir dan Mohamad Raimi Mustaffa Kamal yang mendapat kedudukan kedua dengan catatan masa 40.22s.

Gangsa pula diraih satu lagu kuartet pelapis negara yang dibarisi Muhammad Dzul Danish Jamari, Danish Ifran Tamrin, Mohamad Shafiq Fikri Mohamad Shafiee, dan Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid dengan catatan masa 40.56s.

Menurut Jonathan, kemenangan yang diraih ini adalah sebagai suntikan semangat untuk persediaannya dan rakan seperjuangan menuju ke Sukan SEA Bangkok, Disember nanti.

“Untuk ke hadapan ini, dengan tiada krisis kecederaan berlaku, kita akan melihat perancangan jurulatih sama ada menyertakan kami dalam kejohanan olahraga lain atau bagaimana kerana ia berkemungkinan boleh menjadi medan persiapan ke Sukan SEA,” katanya.

Sementara itu, acara wanita pula, kuartet negara yang dibarisi ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Nur Aishah Rofina Aling berjaya menggondol emas apabila mudah menundukkan cabaran kuartet Terengganu yang diwakili Siti Nur Azreen Mohd Azmi, Nurin Aira Rosdi, Nur Farisha Adreana Ardy Abdullah dan Nurul Wafa Annisa Mohd Hamka dalam saingan akhir yang menampilkan hanya dua kuartet sahaja yang menghantar wakil.

Bagaimanapun kuartet negara mencatatkan masa 45.58s jauh daripada rekod kebangsaan 44.58s yang dilakar semasa Sukan SEAdi Phnom Penh 2023.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top