Sejati Residences tawar kediaman eksklusif, penuh kedamaian di Cyberjaya

Sejati Residences tawar kediaman eksklusif, penuh kedamaian di Cyberjaya


Kuala Lumpur: Sejati Residences oleh Paramount Property menawarkan komuniti eksklusif yang menggabungkan gaya hidup moden dengan keindahan alam semulajadi di Cyberjaya.

Pemilik berpeluang menikmati gaya hidup idaman di dalam suasana yang aman dan menyegarkan setiap hari bersama keluarga.

Kini, Paramount Property melancarkan kediaman edisi terhad tiga tingkat yang terbaru terletak di atas tanah pegangan bebas seluas 10.1 ekar yang lengkap dengan komuniti bersekuriti.

Sebanyak 170 unit rumah ditawarkan dengan saiz tanah 22′ x 50′; 22′ x 55′ atau 22′ x 70′ dan keluasan binaan dari 2,267 kaki persegi sehingga 2,854 kaki persegi.

Setiap kediaman yang luas itu mempunyai lima bilik tidur dengan lima bilik air ‘en-suite’.


Bilik tidur yang luas lengkap dengan bilik air ‘en-suite’ (Gambaran pelukis artis sahaja).

Sejati Residences turut menawarkan akses mudah kepada setiap keperluan harian selain turut dihubungkan dengan lima rangkaian lebuh raya serta dua stesen MRT yang berdekatan.

Dengan lokasi yang strategik di Cyberjaya, kediaman baharu berkenaan turut dikelilingi oleh pelbagai kemudahan termasuk institusi pendidikan, hospital, pusat membeli-belah dan perniagaan serta taman rekreasi untuk keluarga.

Sejati Residences adalah sebuah komuniti yang menawarkan suasana kehidupan yang tenteram penuh dengan keindahan alam sekitar dan keselamatan peribadi.

Dengan kehidupan yang kelilingi kehijauan taman yang indah, pemilik berpeluang mencipta kenangan manis dengan keluarga setiap hari.

Sejati Residences direka khas dengan kawalan sekuriti 24 jam dengan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) serta ciri-ciri Konsep Reka Bentuk Bandar Selamat (CPTED) bagi memastikan ketenangan fikiran setiap masa.

Terdapat juga enam taman rimbun yang mempunyai lebih daripada 200 pokok hijau dan bercirikan rekreasi keluarga. Fasiliti seluas 1.5 ekar ini dilengkapi dengan trek joging dan berbasikal sepanjang 1.9 kilometer (km) yang menghubungkan seluruh pembangunan itu.

Kediaman itu turut direka dengan teliti untuk keluarga multi-generasi yang membolehkan ahli keluarga dari semua peringkat usia tinggal bersama dalam ruang yang serba moden dan luas.

Ia sekali gus membantu mengeratkan hubungan keluarga dalam suasana kehidupan yang dikelilingi taman yang indah.

Menariknya, lima bilik tidur dan bilik air direka untuk memenuhi keperluan keluarga yang sentiasa berubah, dengan susun atur yang fleksibel selain mempunyai ciri-ciri mesra warga emas.

Sebagai contoh, unit Jenis C mempunyai bilik tidur yang sesuai untuk warga emas di tingkat bawah dengan akses yang mesra kerusi roda serta tempat duduk di dalam bilik air ‘en-suite’.


Ruang tamu serba moden dan luas untuk keluarga multi-generasi (Gambaran pelukis artis sahaja)

Setiap kediaman di Sejati Residences direka dengan susun atur pelan yang terbuka serta ruang tamu dan dapur yang luas untuk keluarga multi-generasi.

Di tingkat dua pula, terdapat sebuah ruang tamu peribadi dan bilik-bilik tidur yang luas lengkap dengan bilik air ‘en-suite’.

Di tingkat tiga pula, menampilkan sebuah lagi bilik tidur utama yang luas dengan balkoni yang menawarkan pemandangan taman yang tenang.

Ruang itu juga boleh dijadikan sebagai gimnasium peribadi, pejabat rumah, studio muzik untuk kanak-kanak atau pelbagai kegunaan lagi.

Setiap kediaman di Sejati Residences dilengkapkan dengan sistem rumah pintar yang mempunyai kunci digital, suis pintar untuk kawalan lampu dan kipas yang boleh diakses melalui aplikasi di dalam peranti IOS dan Android.

Selain moden, ia turut berorientasikan ke arah utara-selatan untuk mengurangkan haba daripada cahaya matahari dan mempunyai susun atur pelan yang terbuka untuk menggalakkan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.

Setiap kediaman juga dilengkapi dengan punca pengasing pengecas EV, saluran sedia ada untuk kabel ‘PV solar’, tangki takungan air hujan serta kelengkapan yang menjimatkan air untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan memelihara sumber alam yang berharga.

Sejati Residences yang terbaru itu ditawarkan dengan harga bermula dari RM1,119,100. Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top