Bermain permainan video ada unsur sihir, berikut hukumnya

Bermain permainan video ada unsur sihir, berikut hukumnya


TEKNOLOGI digital pada hari ini menyebabkan masyarakat banyak meluangkan masa meneroka pelbagai kandungan di dalamnya termasuklah permainan video.

Ada ketikanya, kita bermain menggunakan telefon pintar, komputer, komputer riba atau konsol permainan sekadar untuk hiburan.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai hobi harian bagi melepaskan tekanan.

Namun, timbul apabila permainan tersebut memaparkan elemen tertentu seperti unsur ‘sihir’, ‘pembawa sial’ (bad omen) atau ritual menyerupai kepercayaan yang menyalahi syariat Islam.

Dalam hal itu, apakah hukumnya bagi seorang Muslim yang sekadar bermain untuk suka-suka tanpa mempercayai unsur-unsur tersebut?

Menurut Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, hukum asal bermain permainan video adalah harus kerana ia tergolong dalam bentuk hiburan.

INFOGRAFIK yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di akaun Facebook milik mereka.

Bagaimanapun, hukum tersebut boleh berubah bergantung kepada kandungan dan cara ia dimainkan.

“Haram bermain permainan video yang mana para pemainnya mesti melakukan sesuatu ritual atau mempunyai unsur pemujaan atau melibatkan kepercayaan ajaran-ajaran yang menyalahi agama Islam.

“Namun, sekiranya permainan itu bebas daripada sebarang unsur tersebut, maka ia adalah harus,” katanya sebagaimana dipetik menerusi infografik yang dikongsikan di laman sosial Facebook jabatan mufti itu pada Selasa.

Dalam Islam, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan, hiburan pada asalnya diharuskan melainkan terdapat perkara yang membawa kepada larangan atau bersangkut dengan unsur haram.

Bahkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa kehidupan seorang Muslim perlu seimbang antara ibadah dan urusan dunia.

SEKIRANYA permainan video bebas daripada sebarang unsur ritual, pemujaan atau melibatkan kepercayaan ajaran-ajaran yang menyalahi agama Islam, maka ia adalah harus. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

SEKIRANYA permainan video bebas daripada sebarang unsur ritual, pemujaan atau melibatkan kepercayaan ajaran-ajaran yang menyalahi agama Islam, maka ia adalah harus. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

Hanzalah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati ALLAH SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Meskipun demikian, jabatan mufti itu mengingatkan, ada garis panduan khusus yang perlu diberi perhatian.

“Sesuatu hiburan dianggap makruh jika tidak membawa manfaat, haram sekiranya bercampur dengan unsur yang diharamkan, manakala dibenarkan dan digalakkan apabila memberi kesan positif seperti memanah atau permainan yang melatih ketangkasan.

“Demikian garis panduan hukum berhibur sebagaimana dihuraikan dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji,” katanya.

Mengulas tentang sihir, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengingatkan, para ulama menyatakan bahawa ia dosa besar yang boleh membawa kepada syirik, malah Islam melarang umatnya terjerumus ke dalamnya.

SESUATU hiburan dianggap makruh jika tidak membawa manfaat, haram sekiranya bercampur dengan unsur yang diharamkan, manakala dibenarkan dan digalakkan apabila memberi kesan positif seperti memanah atau permainan yang melatih ketangkasan. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

SESUATU hiburan dianggap makruh jika tidak membawa manfaat, haram sekiranya bercampur dengan unsur yang diharamkan, manakala dibenarkan dan digalakkan apabila memberi kesan positif seperti memanah atau permainan yang melatih ketangkasan. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

Bagaimanapun, dari segi elemen ‘sihir’ atau ‘magik’ dalam permainan video, menurut perhatian jabatan mufti itu, ia tidak berlaku secara nyata, sebaliknya hanyalah kesan khas atau kemahiran rekaan untuk mengalahkan musuh dalam dunia maya.

Ia sama sekali berbeza dengan amalan sihir yang sebenar.

Bagi merungkaikan hukum bermain permainan video yang mengandungi elemen sihir atau pembawa sial itu, berikut penjelasan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang:

1. Haram

Sekiranya permainan menuntut pemain melakukan ritual, jampi serapah atau pemujaan yang bercanggah dengan akidah Islam. Hal itu menepati kaedah fiqh ‘Sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya juga haram’.

2. Harus

Jika unsur ‘magik’ atau ‘bad omen’ hanya rekaan untuk tujuan hiburan tanpa ada kaitan dengan kepercayaan sebenar.



Source link

OR

Scroll to Top