Aaron–Wooi Yik cemas sebelum mara pusingan kedua

Aaron–Wooi Yik cemas sebelum mara pusingan kedua


Aaron-Wooi Yik dipaksa berhempas pulas 60 minit sebelum mara ke pusingan kedua Masters China pada Rabu.

BEREGU badminton lelaki utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik bermula langkah kanan pada saingan Masters China Super 750 selepas mengatasi cabaran getir gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng–Yang Po Han, pada aksi pusingan pertama di Shenzhen Arena, Rabu.

Pilihan kedua kejohanan itu dipaksa bekerja keras sebelum menamatkan perlawanan dalam tiga set penuh mendebarkan, sekali gus melanjutkan rekod kemenangan 2-0 ke atas pasangan berkenaan.

Set pertama menyaksikan Aaron–Wooi Yik tenang menutup mata-mata penting untuk menang tipis 23-21.

Namun, momentum mereka terhenti apabila Kuang Heng–Po Han bangkit menguasai set kedua 21-19 selepas memanfaatkan beberapa kesilapan wakil negara.

Bagaimanapun, pengalaman dan ketenangan pada detik genting menjadi kunci buat Aaron–Wooi Yik dalam set penentuan apabila mengekalkan rentak hingga ke mata terakhir untuk menang 21-19, sekali gus memastikan slot ke pusingan kedua selepas 60 minit pertarungan.

Beregu nombor dua dunia itu bakal berdepan wakil England, Ben Lane–Sean Vendy, yang terdahulu mudah menyingkirkan pasangan Jepun, Takumi Nomura–Yuichi Shimogami, 21-16, 21-13 dalam tempoh hanya 37 minit.

Ringkasan AI

  • Beregu badminton lelaki utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik bermula langkah kanan pada saingan Masters China Super 750 selepas mengatasi cabaran getir gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng–Yang Po Han, pada aksi pusingan pertama di Shenzhen Arena, Rabu
  • Pilihan kedua kejohanan itu dipaksa bekerja keras sebelum menamatkan perlawanan dalam tiga set penuh mendebarkan, sekali gus melanjutkan rekod kemenangan 2-0 ke atas pasangan berkenaan
  • Set pertama menyaksikan Aaron–Wooi Yik tenang menutup mata-mata penting untuk menang tipis 23-21
  • Namun, momentum mereka terhenti apabila Kuang Heng–Po Han bangkit menguasai set kedua 21-19 selepas memanfaatkan beberapa kesilapan wakil negara
  • Pengalaman dan ketenangan pada detik genting menjadi kunci buat Aaron–Wooi Yik dalam set penentuan apabila mengekalkan rentak hingga ke mata terakhir untuk menang 21-19, sekali gus memastikan slot ke pusingan kedua selepas 60 minit pertarungan



Source link

OR

Scroll to Top