MFL gantung, denda tiga gergasi bola sepak tempatan

MFL gantung, denda tiga gergasi bola sepak tempatan

MFL gantung, denda tiga gergasi bola sepak tempatan


MFL menjelaskan hukuman itu diputuskan menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-15 baru-baru ini.

GERGASI bola sepak tempatan, Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC dan Perak FC menerima tamparan hebat apabila hilang hak ke atas wang agihan merit selepas berakhirnya Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat selepas ketiga-tiga kelab berkenaan didapati melanggar Perlembagaan MFL, selain gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi musim 2025/26.

MFL menjelaskan hukuman itu diputuskan menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-15 baru-baru ini.

“Keputusan ini melibatkan penggantungan serta denda terhadap Kedah Darul Aman, Sri Pahang dan Perak,” kata badan pentadbir liga utama negara itu.

Berdasarkan keputusan mesyuarat, Sri Pahang digantung satu musim bermula 2025/26 selepas menarik diri daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL.

Sementara itu, Kedah Darul Aman dan Perak masing-masing digantung dua musim iaitu dari 2025/26 hingga 2026/27.

Selain penggantungan, ketiga-tiga kelab terbabit turut kehilangan hak ke atas wang agihan merit musim 2024/25.

Sebagai rekod, Kedah Darul Aman ketika ini beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 kendalian Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Ringkasan AI

  • GERGASI bola sepak tempatan, Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC dan Perak FC, hilang hak ke atas wang agihan merit selepas Liga Malaysia 2024/25
  • Ketiga-tiga kelab melanggar Perlembagaan MFL dan gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan musim 2025/26
  • Keputusan hukuman dibuat dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-15
  • Sri Pahang digantung satu musim, manakala Kedah Darul Aman dan Perak digantung dua musim bermula 2025/26
  • Kehilangan hak ke atas wang agihan merit bertindak sebagai tambahan kepada penggantungan dan denda



Source link

OR

Scroll to Top