Aaron-Wooi Yik akan berdepan Satwiksairaj-Chirag di separuh akhir Masters China.
BEREGU badminton lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Masters China 2025 selepas mengetepikan cabaran pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, pada aksi suku akhir di Shenzhen Arena, Jumaat.
Gandingan ranking nombor dua dunia itu mempamerkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-18 dalam tempoh hanya 39 minit, sekali gus menoktahkan rekod pertemuan sulung mereka dengan kelebihan 1-0 ke atas wakil Indonesia berkenaan.
Kejayaan ini juga merupakan penampilan separuh akhir kelapan buat Chia-Soh musim ini, selepas menumbangkan lawan yang pernah mara ke final Seluruh England.
Menanti mereka pada separuh akhir esok ialah seteru lama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang dijangka menghadirkan saingan sengit.
Sebagai rekod, dalam edisi 2024 di kejohanan sama, langkah beregu kebangsaan itu terhenti di suku akhir selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, He Jiting-Ren Xiangyu, 23-25, 21-17, 12-21.
Ringkasan AI
- Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Masters China 2025 setelah menewaskan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana
- Gandingan ini mencatat kemenangan straight set dengan skor 21-19, 21-18 dalam masa 39 minit
- Ini merupakan penampilan separuh akhir kelapan bagi Chia-Soh musim ini
- Seteru lama dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, menanti di peringkat separuh akhir
- Pada edisi 2024, Chia-Soh tewas di suku akhir kepada He Jiting-Ren Xiangyu dari China