Slot rehat Salah dan empat lagi bintang Liverpool hadapi Southampton

Slot rehat Salah dan empat lagi bintang Liverpool hadapi Southampton


Liverpool: Pengendali Liverpool, Arne Slot mengesahkan lima tonggak utama skuadnya termasuk Mohamed Salah akan direhatkan pada aksi pusingan ketiga Carabao Cup menentang Southampton.

Slot menjelaskan keputusan itu dibuat selepas menilai jadual padat The Reds yang beraksi tiga perlawanan dalam tempoh enam hari, sekali gus memberi peluang kepada pemain utama mendapatkan rehat mencukupi.

“Virgil van Dijk, Ibrahima Konate, Mohamed Salah, Ryan Gravenberch dan Dominik Szoboszlai sudah bermain tiga kali penuh 90 minit. Kamu tidak akan melihat mereka pada Selasa,” kata Slot.

Selain Salah, nama besar lain seperti Van Dijk dan Konate juga akan diketepikan bagi mengelak keletihan dan risiko kecederaan ketika Liverpool masih bersaing dalam Liga Perdana Inggeris, Liga Europa dan Piala FA.

Ketiadaan lima bintang itu membuka peluang buat pemain simpanan untuk membuktikan kemampuan, termasuk Wataru Endo, Giovanni Leoni dan beberapa muka muda yang dijangka mengisi kesebelasan utama.

Liverpool sebelum ini meraih tiga kemenangan berturut-turut apabila menundukkan Burnley 1-0, Atletico Madrid 3-2 dan menewaskan Everton 2-1, namun Slot menegaskan penggiliran skuad adalah kunci mengekalkan momentum jangka panjang.

“Ini bukan alasan, tetapi keperluan. Kita mahu kekal kompetitif sepanjang musim, jadi pemain perlu diurus dengan bijak,” tambah jurulatih dari Belanda itu.

Langkah berani Slot itu bakal menjadi ujian sebenar kedalaman skuad Liverpool ketika mereka memburu slot ke pusingan seterusnya Carabao Cup tanpa kelibat beberapa pemain teras.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top