Arsenal ambil iktibar provokasi Lewis-Skelly

Arsenal ambil iktibar provokasi Lewis-Skelly


Lewis-Skelly mengejek Erling Haaland dengan meniru gaya “zen celebration” selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 5-1 Arsenal di Emirates pada musim lalu. FOTO: Agensi

MIKEL Arteta menegaskan Arsenal telah mengambil iktibar daripada insiden meraikan gol secara provokatif oleh Myles Lewis-Skelly musim lalu ketika mereka bersedia menentang Manchester City di Stadium Emirates pada tengah malam ini.

Dalam pertemuan Februari lalu, Lewis-Skelly mengejek Erling Haaland dengan meniru gaya “zen celebration” selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 5-1 Arsenal.

Tindakan itu mencetuskan kritikan, namun Arteta percaya skuadnya kini lebih matang.

“Itu sudah berlalu. Setiap pengalaman memberi pengajaran untuk kita berkembang, dan kami telah belajar daripadanya,” katanya.

Arsenal bagaimanapun dihimpit masalah kecederaan apabila Bukayo Saka, Martin Odegaard dan Ben White belum menjalani latihan menjelang perlawanan penting ini.

Penyerang Viktor Gyokeres dijangka cergas selepas menerima jahitan di kepala.

Sementara itu, Arteta menegaskan pemergian naib pengerusi Tim Lewis tidak akan menjejaskan hala tuju kelab, malah yakin dengan visi Stan dan Josh Kroenke dalam membina masa depan Arsenal.

City pula hadir dengan misi kebangkitan selepas musim lalu menamatkan saingan tanpa trofi buat kali pertama sejak 2017.

Pep Guardiola mengakui kekalahan 5-1 di Emirates merupakan antara detik paling mengecewakan, namun menegaskan City kini lebih bersedia selepas kemenangan ke atas Manchester United dan Napoli.

“Musim lalu kami terlalu banyak melakukan kesilapan mudah. Kali ini, kami mahu tampil lebih baik,” kata Guardiola.

 

Ringkasan AI

  • MIKEL Arteta menegaskan Arsenal telah mengambil iktibar daripada insiden meraikan gol secara provokatif oleh Myles Lewis-Skelly musim lalu
  • Lewis-Skelly mengejek Erling Haaland dengan meniru gaya “zen celebration” selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 5-1 Arsenal
  • Arsenal menghadapi masalah kecederaan dengan beberapa pemain utama belum menjalani latihan menjelang perlawanan penting
  • Penyerang Viktor Gyokeres dijangka cergas untuk perlawanan itu selepas menerima jahitan di kepala
  • City hadir dengan misi kebangkitan selepas musim lalu menamatkan saingan tanpa trofi buat kali pertama sejak 2017



Source link

OR

Scroll to Top