Budak lelaki ditemukan lemas di Pantai Puteri

Budak lelaki ditemukan lemas di Pantai Puteri


Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi bersama dengan dua rakan sebayanya di Pantai Puteri, di sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Shahrom Laji berkata mayat Mohammad Wafiy Adrian Mohd Ridzuan, 12, ditemukan kira-kira 150 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang pada 9.40 malam ini.

“Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu menerima panggilan pada 6.33 petang tadi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

“Setibanya di tempat kejadian, kami menerima maklumat daripada orang ramai bahawa tiga kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas ketika mandi di Pantai Puteri, namun dua daripadanya telah diselamatkan oleh orang awam,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis manakala dua lagi mangsa, iaitu Mohd Azrill Dis Abdul Hai dan Mohd Zakuan Nazram Mazariswan yang terselamat dalam kejadian terbabit telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Operasi malam ini katanya, membabitkan 44 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi seperti JBPM Melaka, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan nelayan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top