Liga-M: JDT hilang khidmat Figueiredo, Irazabal dan Hevel

Liga-M: JDT hilang khidmat Figueiredo, Irazabal dan Hevel


Hector Hevel, Joao Figueiredo, Jon Irazabal

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiga pemain warisan Johor Darul Ta’zim (JDT) Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang tempoh penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu dimaklumkan selepas MFL menerima notis rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan FIFA yang menggantung tujuh pemain warisan negara selama 12 bulan kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

“Berdasarkan keputusan FIFA itu, MFL mengesahkan tiga pemain JDT yang terlibat tidak boleh diturunkan dalam Liga-M sepanjang tempoh penggantungan.

“Tindakan susulan hanya akan dibuat selepas keputusan rayuan FAM diumumkan FIFA nanti,” kata MFL dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada Jumaat menjatuhkan hukuman penggantungan setahun serta denda berjumlah RM1.8 juta terhadap FAM. Tujuh pemain terbabit turut dikenakan denda individu RM10,560 seorang.

Antara pemain yang dikenakan tindakan selain tiga pemain JDT tersebut ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca. Kesemua mereka tampil bersama skuad kebangsaan ketika menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027, Kumpulan F, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu.

Ringkasan AI

  • Liga Bolasepak Malaysia mengesahkan tiga pemain JDT dilarang bermain sepanjang penggantungan oleh FIFA
  • Penggantungan disebabkan pemalsuan dokumen oleh tujuh pemain warisan
  • MFL tidak akan membenarkan ketiga pemain ini beraksi dalam Liga-M selagi tempoh penggantungan berlangsung
  • Keputusan rayuan FAM terhadap penggantungan akan menentukan tindakan susulan
  • FAM didenda RM1.8 juta dan tujuh pemain terkena denda RM10,560 seorang



Source link

OR

Scroll to Top