Cklamovski panggil tiga muka baharu

Cklamovski panggil tiga muka baharu


SELEPAS berhadapan isu tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), skuad Harimau Malaya terus memandang ke hadapan apabila Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski mempertaruhkan tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah bagi kem latihan pusat bermula Isnin.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan skuad negara akan terus bertolak ke Vientiane, Laos pada 6-8 Oktober untuk latihan pusat sebagai persediaan menghadapi tuan rumah dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis, 9 Oktober di New Laos National Stadium.

Latihan pusat seterusnya akan bersambung di Kuala Lumpur pada 10-13 Oktober menjelang aksi timbal balik menentang Laos pada Selasa, 14 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Cklamovski telah mengekalkan seramai 22 pemain dari skuad menentang Singapura dan Palestin pada perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing pada 4 September dan 8 September lepas, selain membawa masuk dua pemain dari skuad B-23 tahun iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul.

“Cklamovski juga memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah,” menurut kenyataan itu.

Berikut senarai nama 29 pemain:

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 29

Johor Darul Ta’zim

Arif Aiman Mohd Hanapi, 23

Johor Darul Ta’zim

La’Vere Lawrence Corbin-Ong, 34

Johor Darul Ta’zim

Mohd Shahrul Mohd Saad, 32

Johor Darul Ta’zim

Muhammad Afiq Fazail, 31

Johor Darul Ta’zim

Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 31

Johor Darul Ta’zim

Junior Eldstal, 34

Johor Darul Ta’zim

Romel Oswaldo Morales Ramirez, 28

Johor Darul Ta’zim

Harith Haiqal Adam Afkar, 23

Selangor

Mohamad Faisal Abdul Halim, 27

Selangor

Muhammad Aliff Izwan Yuslan, 21

Selangor

Nooa Hamzah Laine, 23

Selangor

Quentin Cheng Jiun Ho, 26

Selangor

Declan Stephen Lambert, 27

Kuala Lumpur City

Muhammad Safawi Rasid, 28

Kuala Lumpur City

Sturmer Dos Reis Paulo Josue, 36

Kuala Lumpur City

Jordan Mintah, 30

Kuching City

Muhammad Haziq Nadzli, 27

Kuching City

Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 25

Kuching City

Daniel Sang Ting, 33

Sabah

Dominic Tan Jun Jin, 28

Sabah

Stuart John Wilkin, 27

Sabah

Muhammad Azam Azmi Murad, 24

Terengganu

Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, 22

Terengganu

Muhammad Azri Abdul Ghani, 26

Negeri Sembilan

Dion Johan Chai Cools, 29

Cerezo Osaka

Endrick Dos Santos Parafita, 30

Ho Chi Minh City Police

Sergio Fabian Ezequiel Aguero, 31

Kanchanaburi Power

Richard Li Hua Chin, 23

Raith Rovers

Sementara itu, seramai 13 pemain berikut diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:

Ibrahim Manusi, 24

Johor Darul Ta’zim

Mohamadou Sumareh, 31

Johor Darul Ta’zim

Nathaniel Shio Hong Wan, 25

Johor Darul Ta’zim

Adam Nor Azlin, 29

Kuala Lumpur City

Mohammad Syamer Kutty Abba, 28

Kuala Lumpur City

Ryan Edward Lambert, 27

Kuala Lumpur City

Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, 30

Selangor

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 23

Selangor

Muhammad Safwan Mazlan, 23

Terengganu

Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni, 27

Terengganu

Mohd Suhaimi Husin, 31

Terengganu

Muhammad Adib Abdul Ra’op, 26

Penang

Wan Ahmad Kuzain Wan Ahmad Kamal, 26

St. Louis City

– Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Selepas isu tujuh pemain warisan, Harimau Malaya beralih ke tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah untuk kem latihan
  • Skuad berangkat ke VientiaSkuad berangkat ke Viene, Laos untuk latihan pusat sebagai persediaan lawan Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027
  • Latihan pusat akan bersambung di Kuala Lumpur menjelang perlawanan timbal balik menentang Laos
  • Peter Cklamovski kekal 22 pemain dari skuad sebelumnya dan tambah dua pemain dari B-23 serta tiga muka baru
  • Senarai 29 pemain diumumkan termasuk pemain dari Johor Darul Ta’zim, Kuala Lumpur City, dan Kuching City



Source link

OR

Scroll to Top