Harimau Malaya sah terlepas khidmat tujuh pemain warisan

Harimau Malaya sah terlepas khidmat tujuh pemain warisan


HARIMAU Malaya sah terlepas khidmat tujuh pemain warisan ekoran hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F menentang Laos bulan ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jumaat mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat kendalian Peter Cklamovski bermula Isnin ini.

Bagaimanapun, panggilan itu tidak menyenaraikan tujuh tonggak warisan iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca yang kini digantung daripada beraksi di pentas antarabangsa.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM bersama tujuh pemain warisan tersebut dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung isu pemalsuan dokumen.

Ketiadaan mereka memaksa pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski merangka strategi baharu dengan memberi kepercayaan penuh kepada barisan pemain tempatan dan naturalisasi lain bagi memastikan skuad kebangsaan tetap kompetitif.

Harimau Malaya akan berdepan Laos di Vientiane pada 9 Oktober sebelum aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober 2025.

Senarai penuh 29 pemain Harimau Malaya

Penjaga Gol

Azri Ghani, Haziq Nadzli, Syihan Hazmi

Pertahanan

Azam Azmi, Corbin-Ong, Daniel Ting, Declan Lambert, Dion Cools, Dominic Tan, Harith Haiqal, Junior Eldstål, Richard Chin, Shahrul Saad, Quentin Cheng, Ubaidullah Shamsul

Tengah

Afiq Fazail, Endrick dos Santos, Nazmi Faiz, Nooa Laine, Sergio Agüero, Stuart Wilkin

Penyerang

Aliff Izwan, Arif Aiman, Faisal Halim, Jordan Mintah, Paulo Josué, Ramadhan Saifullah, Romel Morales, Safawi Rasid

Ringkasan AI

  • Harimau Malaya terlepas khidmat tujuh pemain warisan kerana hukuman FIFA
  • FAM umumkan 29 pemain untuk latihan pusat kendalian Peter Cklamovski
  • Tujuh pemain itu digantung kerana isu pemalsuan dokumen
  • Peter Cklamovski terpaksa merangka strategi baharu tanpa pemain warisan tersebut
  • Harimau Malaya akan berdepan Laos pada tarikh 9 dan 14 Oktober 2025



Source link

OR

Scroll to Top