Sertai INCB tegas komitmen Malaysia perangi ancaman dadah sintetik – JSJN

Sertai INCB tegas komitmen Malaysia perangi ancaman dadah sintetik – JSJN

Sertai INCB tegas komitmen Malaysia perangi ancaman dadah sintetik – JSJN


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Penyertaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ke Mesyuarat Operasi ke-8 anjuran International Narcotics Control Board (INCB) bagi menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama di pentas antarabangsa memerangi ancaman dadah sintetik.

Mesyuarat itu yang diadakan di di Vienna International Center (VIC), Austria bermula 30 September hingga semalam dihadiri Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan.

JSJN berkata, fokus utama mesyuarat adalah usaha global membanteras penyeludupan opioid sintetik, bahan berbahaya dan bahan kimia melalui perkhidmatan pos, kurier serta kargo udara, di bawah inisiatif Global Rapid Interdiction of Dangerous Substances (GRIDS).

Menurutnya, antara agenda utama mesyuarat adalah perkongsian ancaman, trend dan kes terkini penyeludupan di peringkat global.

“Pembentangan strategi dan amalan terbaik oleh agensi kerajaan serta sektor swasta, perbincangan bersama organisasi antarabangsa mengenai cabaran dan kerjasama strategik dan rumusan cadangan serta langkah memperkukuh operasi sekatan di masa hadapan.

“Pada tahun 2024 sahaja, lebih 24,000 insiden penyeludupan opioid sintetik dan bahan psikoaktif baharu (NPS) dilaporkan melalui sistem IONICS, dengan 88 peratus daripadanya berjaya dipintas di lapangan terbang, pusat mel, dan fasiliti pemprosesan pos,” katanya dalam kenyataan di Facebook JSJN.

Katanya, penyertaan JSJN dalam mesyuarat ini menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama di pentas antarabangsa memerangi ancaman dadah sintetik.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top