JDT sepatutnya boleh ‘kenduri’ lebih banyak gol

JDT sepatutnya boleh ‘kenduri’ lebih banyak gol


Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (tengah) meraikan gol jaringannya pada saingan Liga Super antara JDT menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam Ahad. Foto Bernama

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz berpuas hati dengan prestasi pasukannya selepas membelasah PDRM FC 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, namun mengakui sepatutnya kemenangan itu boleh menjadi lebih besar.

Menurut Munoz, barisan pemain Harimau Selatan beraksi pada tahap tinggi sepanjang perlawanan dan mencipta banyak peluang gol yang boleh disudahkan dengan lebih klinikal.

“Ia satu persembahan yang sangat baik. Tahap permainan pasukan berada di kelas tersendiri dan saya hanya boleh ucap tahniah kepada semua pemain kerana mereka bermain dengan sangat baik.

“Kami semakin baik dalam gaya permainan, terutama dalam serangan. Kami mencipta banyak peluang dan walaupun menjaringkan tujuh gol, sebenarnya kami boleh menjaringkan lebih banyak,” katanya selepas perlawanan.

Pemain JDT Romel Oswaldo Morales Ramirez (dua dari kanan) meraikan gol jaringannya pada saingan Liga Super antara JDT menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam Ahad. Foto Bernama

Pemain JDT Romel Oswaldo Morales Ramirez (dua dari kanan) meraikan gol jaringannya pada saingan Liga Super antara JDT menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam Ahad. Foto Bernama

Munoz turut memuji sikap konsisten yang dipamerkan pemainnya sepanjang 90 minit selain menegaskan kemenangan besar itu bukan hasil kerja mudah seperti yang disangka sesetengah pihak.

“Bila tengok keputusan 7-0 mungkin nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Kali terakhir kami bermain di sini, kami tidak dapat mata penuh, jadi kami tahu betapa sukar untuk menguruskan situasi ini.

“PDRM bukan lawan mudah. Tapi hari ini kami tampil dengan prestasi terbaik dan berjaya mengawal permainan sepenuhnya,” ujarnya.

Jurulatih dari Sepanyol itu menegaskan JDT akan terus mengekalkan semangat dan kerja keras bagi memastikan momentum kemenangan berterusan menjelang aksi seterusnya.

“Kami akan terus berjuang dengan semangat dan kerja keras yang sama. Bagi kami, setiap perlawanan penting dan kami mahu terus memperbaiki diri,” katanya.

Ringkasan AI

  • Pengendali JDT, Xisco Munoz, berpuas hati dengan prestasi pasukan setelah menang besar 7-0 atas PDRM FC
  • Munoz menyatakan pasukan dapat mencipta banyak peluang dan berpotensi menjaringkan lebih banyak gol
  • Menekankan pasukan telah menunjukkan permainan bertaraf tinggi dan kerja keras sepanjang perlawanan
  • Munoz menghargai sikap konsisten pemainnya dan membantah anggapan kemenangan itu datang dengan mudah
  • Menegaskan pentingnya terus berjuang dengan semangat dan kerja keras untuk menjaga momentum kemenangan



Source link

OR

Scroll to Top