Tempoh kritikal FAM

Tempoh kritikal FAM


Risiko besar bakal dihadapi tujuh pemain warisan sekiranya rayuan FAM kepada FIFA tidak berjaya.

TEMPOH beberapa hari akan datang bakal menjadi saat paling kritikal buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila perlu bergerak pantas untuk mengemukakan rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan keputusan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Pada Selasa, FIFA mendedahkan butiran penuh dokumen penghakiman berhubung keputusan tersebut, sekali gus membuka ruang buat FAM untuk memfailkan rayuan dalam tempoh masa yang sangat terhad.

Langkah seterusnya kini terletak sepenuhnya di tangan FAM yang perlu bertindak segera dan tepat bagi memastikan peluang mempertahankan pemain warisan serta nama baik bola sepak negara.

Menurut peruntukan Artikel 61 Kod Tatatertib FIFA (FDC), FAM perlu menyatakan niat secara bertulis dalam tempoh tiga hari selepas menerima notis rasmi penghakiman.

Seterusnya, FAM diberikan lima hari tambahan untuk mengemukakan dokumen rayuan penuh kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Rayuan tersebut akan diteliti oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum keputusan rayuan dibuat.

Jika tidak berpuas hati dengan keputusan itu, FAM boleh membawa keputusan tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang akan menjadi penentu kepada proses akhir rayuan itu.

FAM dalam satu kenyataan pada hari ini juga menjelaskan akan mengemukakan rayuan secara rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan.

“FAM juga ingin menegaskan bahawa semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu ini telah lengkap sepenuhnya dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera melalui saluran rasmi,” kata FAM.

Ringkasan AI

  • TEMPOH beberapa hari akan datang menjadi saat kritikal buat FAM untuk mengemukakan rayuan kepada FIFA susulan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya
  • FIFA mendedahkan butiran dokumen penghakiman yang membuka ruang buat FAM untuk memfailkan rayuan dalam masa yang terhad
  • FAM perlu menyatakan niat rayuan secara bertulis dalam tempoh tiga hari selepas menerima notis rasmi
  • FAM diberikan lima hari tambahan untuk mengemukakan dokumen rayuan penuh
  • Jika tidak berpuas hati dengan keputusan rayuan, FAM boleh membawa keputusan tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan



Source link

OR

Scroll to Top