Skuad remaja negara tersingkir di suku akhir

Skuad remaja negara tersingkir di suku akhir


Kuala Lumpur: Skuad badminton remaja negara terpaksa akur apabila tewas 0-2 kepada China pada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2025 di Guwahati, India, hari ini.

Dalam perlawanan di Pusat Kecemerlangan Nasional itu, Malaysia tunduk dengan keputusan 36-45, 43-45 ,menerusi format baharu kejohanan yang menggunakan sistem terbaik daripada tiga set, dengan setiap set dimainkan sehingga 45 mata.

Perjalanan skuad remaja negara terhenti di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pasukan China yang tampil lebih ampuh biarpun pemain negara menunjukkan semangat juang tinggi.

“Pasukan menunjukkan komitmen dan tekad yang jelas dan kini akan beraksi bagi penentuan tempat kelima hingga kelapan esok,” demikian menurut hantaran rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Facebook.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top