Belanjawan 2026: Duti eksais arak, rokok naik mulai 1 November

Belanjawan 2026: Duti eksais arak, rokok naik mulai 1 November


redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November depan bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Antaranya untuk Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati. Dicadangkan, perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, selain minuman keras, kadar duti eksais ke atas produk rokok turut dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 November depan.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan prevalens perokok di negara ini.

“Pertama, rokok naik dua sen per batang; cigars, cheroots dan cigarillos naik RM40 per kilogram manakala produk tembakau panas naik RM20 per kilogram kandungan tembakau.

“Pada masa yang sama, kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk nicotine mist dan nicotine lozenges sehingga 31 Disember 2027,” katanya.

Bagi menjamin keterjaminan ubat pula, kerajaan akan merintis projek usaha sama awam-swasta bagi ubat-ubatan penting yang akan meningkatkan keterjaminan bekalan ubat negara serta daya saing industri ubat tempatan.

Kata Anwar, Agenda Nasional Malaysia Sihat turut diperkasakan dalam Belanjawan 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top