Meru, Dato’ Harun terajui lapan pasukan ke suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15

Meru, Dato’ Harun terajui lapan pasukan ke suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15


SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Meru dan SMK Dato’ Harun mengetuai enam lagi pasukan mara ke suku akhir Kejohanan Bolasepak Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 Tahun (B-15) selepas menewaskan lawan masing-masing dalam saingan pusingan 16 terbaik pada Jumaat.

Di Padang UNISEL, SMK Dato’ Harun menampilkan aksi bertenaga untuk menumpaskan SMK Bandar Puncak Jalil 4-2, manakala di JSA Setia Alam, SMK Meru turut mempamerkan ketajaman penyudah apabila menundukkan SMK Seksyen 10 Kota Damansara 4-2 dalam pertemuan sengit.

Barisan pengurusan, jurulatih dan pemain SMK Meru bagi kempen Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2025.

Di EV Arena Elmina, SMK Saujana Utama mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan SMK Seksyen 19, 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas keputusan masa penuh berakhir tanpa jaringan.

SMK Taman Melawati pula memastikan kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas SMK Bandar Seri Putra di Padang UKM ‘B’, Bangi, manakala SMK Bandar Baru Bangi turut mara selepas menumpaskan SMK Taman Medan 3-1 di Astaka Petaling Jaya.

Turut melangkah ke kelompok lapan terbaik ialah SMK Putra Perdana yang menyingkirkan SMK Kuala Kubu Bharu 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 di FootballHub Central, Puchong.

Di EV Arena Seksyen 13, SMK Seksyen 9 juga mencipta kemenangan mendebarkan apabila menewaskan SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, 4-3 menerusi sepakan penalti selepas keputusan masa penuh berakhir 2-2.

SMK Bandar Tasik Kesuma pula melengkapkan senarai lapan pasukan terbaik selepas menewaskan SMK Dato’ Hamzah 2-0 di Padang Eco Majestic, sekali gus menempah slot terakhir ke suku akhir.

Saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 mendapat tajaan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Sinar Harian sebagai media rasmi kejohanan.

INFO

PIALA DATUK MOKHTAR DAHARI B-15

SUKU AKHIR

ISNIN (13 OKTOBER)

– SMK Saujana Utama lwn SMK Taman Melawati

(Padang Arena 26 A, 3.30 petang)

– SMK Bandar Baru Bangi lwn SMK Putra Perdana

(Padang MBSA Seksyen 28 A, 3.30 petang)

– SMK Seksyen 9 lwn SMK Dato’ Harun

(Padang Arena 26 B, 3.30 petang)

– SMK Bandar Tasik Kesuma lwn SMK Meru

(Padang MBSA Seksyen 28 B, 3.30 petang)

Ringkasan AI

  • SMK Meru dan SMK Dato’ Harun mengetuai enam lagi pasukan mara ke suku akhir Kejohanan Bolasepak Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 Tahun (B-15)
  • SMK Dato’ Harun menumpaskan SMK Bandar Puncak Jalil 4-2
  • SMK Meru menundukkan SMK Seksyen 10 Kota Damansara 4-2
  • SMK Saujana Utama, SMK Taman Melawati, SMK Bandar Baru Bangi, SMK Putra Perdana, SMK Seksyen 9, dan SMK Bandar Tasik Kesuma melangkah ke suku akhir
  • Perlawanan suku akhir akan diadakan pada hari Isnin (13 Oktober)



Source link

OR

Scroll to Top