Washington: Sekurang-kurangnya 16 orang dikhuatiri maut susulan satu letupan di Kilang Accurate Energy Systems di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS), kata Syerif Daerah Humphreys, Chris Davis.
Kilang itu diketahui mengeluarkan bahan letupan.
Pada Jumaat, Davis mengumumkan beberapa orang terbunuh dan 19 lagi hilang akibat letupan di kilang yang menghasilkan pelbagai bahan peledak, yang antara lain, pernah dilihat pada senjata Angkatan Bersenjata Ukraine.
“Kami sudah menghubungi kesemua 16 keluarga yang kami percaya terbabit dalam tragedi ini,” kata Davis pada petang Sabtu dalam satu sidang media.
Syerif itu mengesahkan apabila ditanya sama ada 16 individu itu boleh dianggap maut.
© New Straits Times Press (M) Bhd