Kekalahan bukan pengakhiran, tapi titik kebangkitan – Tengku Zafrul

Kekalahan bukan pengakhiran, tapi titik kebangkitan – Tengku Zafrul

Kekalahan bukan pengakhiran, tapi titik kebangkitan – Tengku Zafrul


Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Artik Super 500. Foto Badminton Association of Malaysia – BAM

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa kekalahan beregu utama negara Aaron Chia–Soh Wooi Yik di pentas final Terbuka Artik Super 500 bukan satu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada kebangkitan yang lebih besar.

Menurutnya, perjuangan pasangan beregu lelaki nombor dua dunia itu tetap membanggakan walaupun tewas tipis kepada gandingan England, Ben Lane–Sean Vendy, dalam pertarungan sengit selama 76 minit di Energia Arena, Vantaa, Finland malam tadi.

“Tidak mengapa, hati kita tetap bersama! Perjalanan Aaron dan Wooi Yik di Finland terhenti di final, tetapi aksi yang ditampilkan amat membanggakan. Kekalahan bukan pengakhiran, tetapi titik kebangkitan,” ujar Tengku Zafrul.

“Inilah semangat yang kita mahu lihat — juang tanpa menyerah. Tingkatkan latihan, perbaiki kelemahan dan terus fokus. BAM akan terus berdiri di belakang anda,” tambahnya.

Dalam aksi penuh dramatik itu, Aaron–Wooi Yik tewas 18-21, 27-25, 17-21 selepas berhempas-pulas cuba mengekang kebangkitan lawan, namun tetap memperagakan ketenangan dan disiplin tinggi sepanjang permainan.

Kekalahan tersebut menutup peluang Malaysia untuk melakar kejuaraan berganda di Finland, selepas pasangan wanita negara Pearly Tan–M Thinaah mencipta sejarah menjulang trofi Terbuka Artik sebelum itu.

Ringkasan AI

  • PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia menegaskan kekalahan Aaron Chia–Soh Wooi Yik bukan kegagalan tetapi permulaan kebangkitan yang lebih besar
  • Pasangan beregu lelaki itu tewas tipis kepada gandingan England dalam final Terbuka Artik Super 500 di Finland
  • Tengku Zafrul menyatakan kekalahan itu sebagai titik kebangkitan dan mengajak untuk tidak menyerah serta terus fokus
  • Aaron-Wooi Yik memperagakan ketenangan dan disiplin tinggi meskipun kalah dalam pertandingan sengit selama 76 minit
  • Kekalahan tersebut menghalang Malaysia daripada membawa pulang kejuaraan berganda di Finland setelah kemenangan pasangan wanita Pearly Tan–M Thinaah



Source link

OR

Scroll to Top