Anzalna Nasir mahu bantu pelajar susah – “Nak belikan beg dan kasut baru”

Anzalna Nasir mahu bantu pelajar susah – “Nak belikan beg dan kasut baru”

Anzalna Nasir mahu bantu pelajar susah – “Nak belikan beg dan kasut baru”


Pelakon jelita, Anzalna Nasir menuai perhatian ramai apabila meluahkan hasrat ingin membantu seorang pelajar yang memerlukan.

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna membalas ciapan seorang guru yang menunjukkan keadaan kasut anak muridnya yang sudah terlalu daif.

Bantu pelajar susah

Anzalna Nasir Bantu pelajar susah

“Cikgu boleh kongsikan sikit berkenaan pelajar ini?
“Saya nak belikan dia kasut dan beg sekolah baru. Uniform dia masih baik ke? Anzalna rasa mungkin ramai juga yang nak bantu keluarga murid ni, betul tak,” kata Anzalna di Threads.

Bagaimanapun,  pelajar itu dipercayai telah menerima kasut baharu yang dibelikan oleh cikgu tersebut namun Anzalna tetap menegaskan sekiranya masih ada pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli kasut baharu, boleh sahaja menghubungi pelakon itu.

“Kalau ada murid yang perlukan kasut baru beritahu saya ya cikgu. Terima kasih murah hati belikan murid kasut baru. Sayang teacher,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji sifat prihatin pelakon itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bergelar seorang guru yang sering melihat ramai pelajar-pelajar kurang berkemampuan malah tidak memiliki kasut baharu untuk ke sekolah.

Bantu belajar lagi selesa

Cakna bab orang susah

Artikel lain: Tak mahu belanja mewah, Anzalna Nasir pilih guna duit bantu orang susah

Terdahulu, Anzalna menjadi sorotan ramai apabila berkongsi kehidupannya yang mahu tampil lebih bersederhana dan menghargai orang lain malah menjelaskan gaya hidupnya sudah berubah serta tidak mahu berbelanja lebih mengikut nafsu.

Sumber: Threads anzalnanasir88





Source link

OR

Scroll to Top