“Saya rasa ‘tempat tu’ memang perlu dibersihkan betul-betul” -Shila Amzah

“Saya rasa ‘tempat tu’ memang perlu dibersihkan betul-betul” -Shila Amzah

“Saya rasa ‘tempat tu’ memang perlu dibersihkan betul-betul” -Shila Amzah


Penyanyi terkenal, Shila Amzah telah meninggalkan satu hantaran di platform Thread meminta supaya ‘tempat tersebut’ dibersihkan betul-betul dari sebarang hal yang tak diingini.

Shila Amzah cadang ‘tempat tu’ dibersihkan

Perkongsian itu dilihat sepertinya merujuk kepada insiden yang berlaku dalam salah satu program realiti televisyen, Talk To My Manager melibatkan seorang peserta yang tiba-tiba tidak dapat menyampaikan persembahan sewaktu berada di atas pentas.

Menurut Shila Amzah, tempat tersebut perlu dibersihkan segera dan berharap Allah S.W.T menjauhkan segala hal yang tidak elok daripada berlaku.

“Saya rasa tempat tu memang perlu dibersihkan betul-betul.
Serius.
“Ya Allah, minta dijauhkanlah,” ujarnya.

Adik Shila Amzah turut kongsi kisah misteri

Dalam pada masa yang sama, adiknya, Syada Amzah turut menceritakan perkara hampir sama seperti yang dialami oleh peserta Talk To My Manager, Amad Daiyan yang tidak dapat membuat persembahan dengan baik serta beberapa kali rebah di pentas.

Menurut Syada, dia mengalami ‘gangguan’ sewaktu menyertai pertandingan Big Stage.

Syada perasan seperti ada yang tenung

Ujar penyanyi itu, dia merasakan tempat tersebut mempunyai aura tidak begitu baik memandangkan dirinya akan merasa kurang selesa setiap kali memasuki kawasan berkenaan walaupun sebagai penonton.

Dia turut menceritakan kejadian mistik dialami sewaktu di Big Stage apabila merasakan seperti ada ‘sesuatu’ disisi dan sedang memandang kearahnya.

Lebih membuatkan Syada pelik, kejadian tersebut berlaku pada malam sebelum dia disingkirkan.

shila amzah

Artikel lain: Amad rebah, Shuib tak nafi gangguan mistik – “Bapa tiri dia call masa live, tanya fasal ustaz..”

Terdahulu, Amad Daiyan dikhabarkan rebah sebelum dan selepas membuat persembahan di pentas akhir Talk To My Manager sehingga menjejaskan penampilannya.

Susulan daripada itu, ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi video sewaktu reherseal Amad yang berada dalam keadaan baik sebelum semua hal terbabit terjadi.

Pelawak, Shuib Sepahtu juga memaklumkan bapa tiri Amad ada menghubunginya sewaktu siaran langsung meminta nombor telefon mana-mana ustaz agar dapat membantu keadaan Amad ketika itu yang dimaklumkan sihat secara perubatan moden.

Sumber: Thread shilaamzah, syadaamzah





Source link

OR

Scroll to Top