Penyanyi Shila Amzah memuat naik hantaran di laman Threads meminta agar ‘tempat’ tersebut dibersihkan daripada perkara yang tidak diingini.
Tidak dapat dipastikan ianya berkenaan apa, namun seperti merujuk kepada insiden yang berlaku dalam satu program realiti baru-baru ini apabila ada peserta yang tidak dapat membuat persembahan.
BACA: Amad Tiba-Tiba Rebah, Shuib Tak Nafi Gangguan Mistik

Menurut Shila, dia berharap agar tempat berkenaan dibersihkan serta berharap Allah menjauhkan daripada hal yang tidak elok daripada berlaku.
Sementara itu, adik kepada Shila iaitu Syada Amzah turut berkongsikan tempat berkenaan sememangnya agak ‘keras’ apabila berdepan pengalaman menyeramkan ketika program Big Stage.

Semalam, Amad tiba-tiba pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir di pentas Talk To My Manager (TTMM). Dia dilihat tidak bermaya sebelum diangkat ke belakang pentas dan pasukan perubatan memberitahu Amad dalam keadaan baik-baik sahaja.