Aksi persahabatan: Uruguay terus unggul, kalahkan Uzbekistan 2-1

Aksi persahabatan: Uruguay terus unggul, kalahkan Uzbekistan 2-1

Aksi persahabatan: Uruguay terus unggul, kalahkan Uzbekistan 2-1


Ketua Pasukan Uzbekistan, Shomurodov Eldor (tengah) diasak dua pemain Uruguay pada perlawanan Bola Sepak Stars of Uruguay, Global Friendly In Malaysia di Stadium Hang Jebat, Krubong pada Isnin. Foto Bernama

URUGUAY terus membuktikan keunggulan mereka apabila mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Uzbekistan 2-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam ini.

Juara dunia dua kali itu tampil cemerlang pada separuh masa kedua selepas beraksi berhati-hati sepanjang babak pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Torres Peres membuka tirai jaringan buat skuad La Celeste pada minit ke-51 menerusi sepakan deras yang menewaskan penjaga gol Uzbekistan Nematov Abduvohid.

Uruguay menggandakan jaringan sembilan minit kemudian apabila Juan Manuel Sanabria melepaskan rembatan ke arah gawang lawan.

Uzbekistan yang menghuni ranking ke-54 dunia dan layak ke saingan Piala Dunia 2026 bagaimanapun enggan mengaku kalah apabila Jiyanov Ruslanbek merapatkan jurang pada minit ke-82, sekali gus menewaskan Franco Israel Wibmer yang gagal menampan kemas hantaran lawan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada baki masa perlawanan, namun Uruguay berjaya mengekalkan kelebihan hingga wisel penamat untuk menutup siri aksi persahabatan di Malaysia dengan bergaya.

Terdahulu, dalam perlawanan persahabatan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lepas, Uruguay menundukkan Republik Dominica 1-0 hasil jaringan tunggal Maximiliano Araujo. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Uruguay mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut menewaskan Uzbekistan 2-1 dalam aksi persahabatan
  • Juara dunia dua kali itu tampil cemerlang pada separuh masa kedua
  • Torres Peres menjaringkan gol pertama buat Uruguay pada minit ke-51
  • Juan Manuel Sanabria menggandakan jaringan Uruguay sembilan minit kemudian
  • Uzbekistan merapatkan jurang dengan jaringan Jiyanov Ruslanbek pada minit ke-82



Source link

OR

Scroll to Top