Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tolak cadangan papan tanda dipaparkan dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan pelancong asing.
Menurut laporan UtusanTV, beliau berkata kemudahan sedia ada sudah mencukupi bagi membantu pelancong asing tanpa perlu menambah tulisan dalam bahasa lain seperti Arab, Cina, Tamil atau Hindi.
Ujarnya lagi, cadangan itu bukan satu keperluan mendesak kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan yang mencukupi di kawasan utama seperti lapangan terbang bagi memudahkan pelancong.
Tolak cadangan papan tanda
“Tak payahlah. Kalau orang Arab ramai datang, kita dah beri kemudahan di lapangan terbang, tak perlu signboard Arab.
“Begitu juga bila orang China datang, kita bantu dengan papan tanda di lapangan terbang, tapi tak perlu sampai guna tulisan bahasa Cina.
“Orang India pun sama, itu pun bahasa lain-lain, Tamil, Hindi, Urdu pun ada. Jadi bagi saya tak perlu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Artikel lain: PM Anwar umum pelepasan khas cukai RM1,000 galak rakyat bercuti dalam negara
Tolak cadangan papan tanda
Anwar (PH–Tambun) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Jimmy Puah Wee Tse (PH–Tebrau) yang mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penambahan notis atau papan tanda dalam pelbagai bahasa bagi menjadikan Malaysia lebih mesra kepada pelawat asing.
Sumber: UtusanTV (Izzat Nasuruden)