Pempengaruh media sosial, Cik B yang juga anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menjadi perhatian apabila dilihat menyarungkan jubah diMajlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah 2025 Akademi Dalam Industri dan UTMSPACE Services.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Cik B dilihat naik ke pentas bersama ibunya menerima USS Voyager Award.
BACA: Cik B Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang Untuk Cepat Sembuh
“Congratulations sayang mama yang hebat Cik B,” tulis Vida.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Cik B namun ada yang terhibur melihat gelagat DSV yang turut mengiringi anaknya naik ke pentas..