Faizal dos penggalak buat skuad muda Terengganu

Faizal dos penggalak buat skuad muda Terengganu


Faizal (kanan) membentuk ekosistem kompetitif dalam skuad Terengganu dalam kempen mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak musim ini. Foto Malaysian Hockey Confederation

KEHADIRAN bekas penyerang sensasi negara, Faizal Saari, nyata menyuntik semangat baharu buat skuad hoki lelaki Terengganu dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak.

Pengendali pasukan, Mohd Harfizi Baharom, mengakui aura dan pengalaman luas pemain itu banyak membantu memperkukuh permainan serta semangat sepasukan di dalam padang.

“Faizal sangat positif dalam pasukan dengan karakter beliau yang sentiasa dahagakan kemenangan.

“Beliau aktif membantu, terutamanya dalam membimbing pemain muda supaya sentiasa bekerjasama dan memahami antara satu sama lain di dalam padang,” katanya.

Tambah Mohd Harfizi, kehadiran Faizal bukan sekadar meningkatkan kualiti serangan, tetapi turut membentuk suasana kompetitif yang sihat dalam kalangan pemain muda Terengganu.

Pasukan pantai timur itu kini tampil berwibawa selaku penyandang juara dua musim berturut-turut, selepas menewaskan Pahang 4-2 dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, tahun lalu.

Sebelum itu, Terengganu juga menjuarai edisi 2024 apabila menundukkan Johor 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Taman Daya, Johor.

Ringkasan AI

  • Kehadiran bekas penyerang sensasi negara, Faizal Saari, meningkatkan semangat skuad hoki lelaki Terengganu untuk mempertahankan Piala Tun Abdul Razak
  • Mohd Harfizi Baharom, pengendali pasukan, berpendapat aura dan pengalaman Faizal penting untuk memperkukuh permainan dan semangat team
  • Faizal membawa sikap positif dan keinginan untuk menang dalam kalangan pasukan
  • Dia aktif membimbing pemain muda, fokus kepada kerjasama dan kefahaman bersama dalam pasukan
  • Kehadiran Faizal meningkatkan kualiti serangan dan mencipta suasana kompetitif yang sihat di kalangan pemain muda Terengganu



Source link

OR

Scroll to Top