Kes tikam: KPM pandang serius, pentadbir sekolah dipindah ke PPD – KP Pendidikan

Kes tikam: KPM pandang serius, pentadbir sekolah dipindah ke PPD – KP Pendidikan


ementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan pentadbir sekolah di Petaling Jaya dalam kejadian pelajar ditikam pagi tadi, akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan selesai.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata pasukan kaunselor dan guru bimbingan kaunseling turut digerakkan untuk melaksanakan program intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan.

KPM pandang serius

Ditanya sama ada pihak sekolah akan menangguhkan sementara Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang sedang berjalan, beliau berkata ujian itu akan tetap dijalankan seperti biasa.

“Ujian itu adalah ujian school-based (ujian berasaskan sekolah). Jadi sebenarnya sekolah nanti dia bijak untuk menyusun atau menyesuaikan semula jadual ujian UASA itu dengan situasi yang ada,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Artikel lain: Mainkan peranan! Budaya berani lapor perlu demi pelajar selamat – KP Pendidikan

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia dan menegaskan KPM akan bersama keluarga dalam memberikan sokongan serta apa sahaja bantuan yang diperlukan.

“KPM memandang serius insiden jenayah yang berlaku antara pelajar di dalam kawasan sekolah, termasuk kes yang melibatkan kematian dan rogol baru-baru ini. Kami tidak menganggap kes-kes ini sebagai kes terpencil.

“Kementerian melihat insiden-insiden ini sebagai satu tamparan tegas kepada kami untuk melakukan lebih banyak usaha bagi memperkukuh keselamatan pelajar dan kesejahteraan mental mereka,” katanya.

Sumber: Buletin TV3 (Syafiqah Damanhuri)





Source link

OR

Scroll to Top