Gegaran magnitud 2.0 dirasai di Keningau, Tambunan

Gegaran magnitud 2.0 dirasai di Keningau, Tambunan


am@hmetro.com.my

Keningau : Gempa bumi lemah melanda daerah ini pada jam 8.32 pagi tadi dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gempa berkenaan berkekuatan magnitud 2.0 pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.5 darjah Timur, iaitu kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.

MetMalaysia menjelaskan, tiada ancaman tsunami dikesan susulan gegaran itu.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/jr6DGx9pNxcrwv3T8 bagi tujuan rekod dan pemantauan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top