“Kalau Tiada Di Dunia, Mungkin Jodoh Saya Di Syurga”

“Kalau Tiada Di Dunia, Mungkin Jodoh Saya Di Syurga”


Pelakon Sherry Ibrahim berkata tidak semestinya kebahagiaan seorang wanita itu datang daripada cinta lelaki semata-mata kerana baginya banyak perkara lain membuatkan dirinya tenang dan gembira.

Memetik HibGlam, pelakon berusia 42 tahun itu mengakui ada lelaki cuba mendekati namun dia lebih berhati-hati kerana trauma dengan kegagalan lalu yang mengajarnya untuk lebih berwaspada. 

BACA: “Raihan Kata Dia Rindu Saya” – Sherry Ibrahim Gembira Jumpa Adik Fattah Amin

“Tipulah kalau saya cakap tak ada lelaki yang cuba mendekati. Tapi saya sangat berhati-hati, perlu selektif. Dengan kegagalan lalu, memang saya trauma, mahu percaya orang pun susah.

“Saya jenis mudah mesra dengan orang tetapi sukar untuk didekati. Lelaki nak mengurat pun, saya tak bagi muka. Tak kisah siapa pun. Saya pula bukan jenis menggedik, hidup mengajar saya untuk lebih waspada,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata perkahwinan bukan lagi menjadi keutamaan buat masa ini kerana baginya jika tiada jodoh di dunia mungkin jodohnya di akhirat kelak.

“Apa yang datang selepas ini, saya yakin itu yang terbaik. Saya dah tak nak buang masa, umur pun semakin meningkat. Kalau ada, adalah. Kalau tiada di dunia, mungkin jodoh saya di syurga.

“Saya sendiri memang tak mencari. Kalau ada lelaki yang jujur, ikhlas nak kahwin dengan saya, silakan jumpa papa dan mama saya, itu barulah tandanya dia bersungguh.

“Saya tak nak ulang kesilapan lama. Rancang pun tak menjadi, baik tak payah. Sekarang saya berserah,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top