Bos Mydin datang sendiri ke rumah Sathiya, serah bantuan sempena Deepavali

Bos Mydin datang sendiri ke rumah Sathiya, serah bantuan sempena Deepavali

Bos Mydin datang sendiri ke rumah Sathiya, serah bantuan sempena Deepavali


Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin Mohamed tampil menghulurkan sumbangan kepada pelawak Sathiya yang kini berdepan ujian kesihatan.

Dalam sebuah hantaran di media sosial, beliau dan isterinya, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd yang juga merupakan Pengarah Mydin menziarahi beliau di kediamanya serta menyampaikan bantuan sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

Serah bantuan sempena Deepavali

Serah bantuan sempena Deepavali

“Semoga Sathiya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa menghiburkan kita semua,” ujar Mydin Malaysia dalam satu hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Artikel lain: Ameer Ali Mydin zahir simpati, bantu Sathiya ringankan beban sambut Deepavali

Serah bantuan sempena Deepavali

Terdahulu, Sathiya, atau nama sebenarnya Sathia Periasamy menjalani pembedahan memotong kaki kirinya hingga ke paras lutut gara-gara sudah bengkak dan saraf darah tidak lagi berfungsi.

Sathiya antara pelawak popular tanah air sejak era 90-an dan dikenali dengan watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Sumber: Instagram @Mydin Malaysia





Source link

OR

Scroll to Top