Charlie Numan Salleh meninggal dunia

Charlie Numan Salleh meninggal dunia

Charlie Numan Salleh meninggal dunia


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Charlie Numan Salleh menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, jam 8 malam tadi selepas diuji dengan kanser usus tahap empat.

Adiknya, Yusri Saleh memaklumkan, Allahyarham Charlie atau nama sebenarnya Numan Saleh, meninggal dunia di kediaman anaknya di Sri Rampai.

“Arwah meninggal di rumah anaknya selepas dibawa pulang dari Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam hantaran di Facebook, Yusri turut mendoakan agar roh abang sulungnya itu tenang.

“Seminggu arwah menahan sakit, akhirnya pergi jua. Along, semoga tenang di sana. Mohon sesiapa yang kenal, kongsikan berita ini. Terima kasih,” tulisnya di Facebook.

Jenazah Charlie akan disempurnakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati dan akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, Batu Caves selepas Zuhur.

Charlie pernah berkahwin pada 1994 dan dikurniakan tiga anak yang kini semuanya menetap di Johor.

Selepas bercerai, dia berkahwin lagi pada 2011 dan dikurniakan empat anak iaitu Nu’man Muda Al-Nu’man, 13; Nu’man Rayyan Al-Nu’man, 12; Nur Raudha Al-Nu’man, 11; Nu’man Muaz Al-Nu’man, 10; serta dua anak angkat, Nur Rania Affiya, 7; dan Nur Reesya Affiya Al-Nu’man, 5.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top