Tuchel tenang terima ejekan

Tuchel tenang terima ejekan

Tuchel tenang terima ejekan


KETUA jurulatih England, Thomas Tuchel kekal tenang dan berlapang dada selepas menjadi bahan gurauan penyokong sendiri ketika pasukannya menewaskan Latvia 5-0 di Riga pada awal pagi Rabu untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026.

Penyokong England sempat menyindir Tuchel berikutan kritikannya terhadap suasana hambar ketika menentang Wales di Wembley minggu lalu, namun pengendali Jerman itu menganggap ejekan itu sebagai gurauan semata-mata.

“Mereka ada sebab selepas komen saya sebelum ini dan saya rasa itu adil.

“Saya kena ‘bahan’ sedikit, tapi ia agak kreatif dan buat saya tersenyum.

“Itulah humor British dan saya boleh terima,” katanya sambil ketawa.

Tuchel turut memuji sokongan padu penyokong Three Lions di luar negara yang disifatkannya sebagai kunci kekuatan pasukan.

“Kami perlukan mereka terutama di Amerika nanti. Ia beri perbezaan besar apabila pemain turun dengan semangat melihat penyokong berdiri di belakang pasukan,” ujarnya.

Kemenangan itu memastikan England mara ke Piala Dunia dengan baki dua perlawanan.

Tuchel berkata, fokus kini beralih kepada mengekalkan momentum serta menilai beberapa pilihan pemain baharu.

“Apa yang kami bina ini sangat berharga dan kami tidak akan mengambil mudah. Setiap perlawanan tetap penting untuk mengekalkan rentak,” tegasnya.

Piala Dunia 2026 dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.



Source link

OR

Scroll to Top