“Saya Rasa Terpanggil Untuk Hasilkan Karya Ini Kerana…”- Uyaina Arshad Melangkah Ke Dunia Produksi, Angkat Tema Buli Dalam Filem Ragging – Melawan Bungkam

“Saya Rasa Terpanggil Untuk Hasilkan Karya Ini Kerana…”- Uyaina Arshad Melangkah Ke Dunia Produksi, Angkat Tema Buli Dalam Filem Ragging – Melawan Bungkam


Selepas meninggalkan rancangan Wanita Hari Ini (WHI), personaliti televisyen dan pelakon popular, Uyaina Arshas tampil dengan langkah berani apabila mengumumkan bakal menerbitkan filem sulungnya berjudul Ragging – Melawan Bungkam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina mendedahkan filem tersebut diinspirasikan daripada kisah benar berkaitan budaya buli dan ragging yang sering membawa kepada tragedi.

“Saya rasa terpanggil untuk hasilkan filem ni kerana isu ini masih berlaku dan ramai yang terus jadi mangsa. Sudah tiba masanya kita bersuara dan melawan budaya bisu ni,” tulisnya.

Menurut Uyaina, projek berkenaan sudah mula memasuki fasa awal apabila penggambaran sizzler dijalankan baru-baru ini.

“Selalunya saya berada di hadapan kamera, tapi kali ni di belakang pula, sebagai penerbit dan sebahagian daripada pasukan penulis. Pengalaman ni sangat bermakna dan membuka mata,” tulisnya lagi.

Dia turut berkongsi rasa teruja melihat semangat seluruh pasukan produksi, termasuk pengarah, penulis skrip dan pelakon yang menjayakan projek tersebut.

“Saya belajar banyak benda baharu, tapi masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Doakan perjalanan kami untuk hasilkan filem penuh nanti,” tambahnya.

Menerusi filem Ragging – Melawan Bungkam, Uyaina berharap dapat memberi nafas segar kepada dunia perfileman tempatan sambil menyampaikan mesej sosial yang penting tentang keberanian, trauma dan perjuangan menentang ketidakadilan.





Source link

OR

Scroll to Top