Dulu naik motor, sekarang pandu Merc tapi ‘loan’ masih jalan! – Ubai

Dulu naik motor, sekarang pandu Merc tapi ‘loan’ masih jalan! – Ubai


Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai meninggalkan pesanan buat generasi muda untuk bijak menguruskan kewangan agar tidak menjadi beban pada kemudian hari.

Menerusi perkongsian di Threads, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkongsi pengalamannya yang tidak memilih dengan hanya menaiki motosikal sebelum mampu membeli sebuah kereta.

Belanja ikut kemampuan

Belanja ikut kemampuan ubai

“Wahai adik-adik, belanjalah ikut kemampuan. Sebelum saya ada kereta, saya hanya guna motor. Sampailah ada rezeki lebih, baru beli kereta pertama pada tahun 2021.
“Peugeot408 2nd hand, waktu tu RM20k. Saya beli cash sebab tak mau hutang. Lepastu genap tiga bulan guna, accident total lost,” ciapannya di Threads.

Tambah Ubai, dia juga terpaksa bekerja keras untuk memiliki sebuah kereta idamannya namun terpaksa menanggung beban hutang sehingga kini.

“Saya gigih bekerja, baru lah dapat beli kereta kedua, kereta idamanku dengan loan. Rasa best gila dapat drive Mercs, tapi dalam sebulan dua jelah, lepastu biasa je dan sampai hari ini masih gigih bayar loan,” jelasnya.

Personaliti media sosial itu turut menjelaskan buat masa kini dirinya hanya melakukan freelance job dan menjadikan bidang media sebagai sumber mencari rezeki.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai producer di Astro. Sekarang tidak lagi bersama Astro, saya buat freelance job sekarang seperti producing, directing, script, editing, hosting dan sebagainya.
“Mana yang boleh buat duit dalam bidang media dan entertainment disitu lah saya cari rezeki,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Suami Shila Amzah bawa Lalamove, dipuji tak pilih kerja sara keluarga

Terdahulu, Ubai pernah berkongsi pengalaman bekerja dalam perkhidmatan penghantaran barang dan meluahkan rasa gembira kerana dapat bertemu bersama pelanggan sekitar Putrajaya.

Sumber: Threads ubaihani





Source link

OR

Scroll to Top