“Kalau Tak Ada Kopi Setiap Pagi, Saya Akan Down” – Aizat Amdan Teruja Dapat Berkumpul Dengan Komuniti Kopi Serantau

“Kalau Tak Ada Kopi Setiap Pagi, Saya Akan Down” – Aizat Amdan Teruja Dapat Berkumpul Dengan Komuniti Kopi Serantau


Penyanyi Aizat Amdan, 36, mendedahkan dirinya merupakan penggemar kopi sejak berusia 17 tahun.

Menurut Aizat, dia memulakan rutin hariannya setiap pagi dengan secawan kopi.

“Saya mula meminati kopi sejak berusia 17 tahun. Setiap pagi, perkara pertama yang saya lakukan adalah minum air terlebih dahulu sebelum menikmati secawan kopi. Jika setiap pagi saya tak dapat minum kopi, saya akan ‘down’.

“Saya gemarkan kopi hitam yang pahit. Kalau saya rasa saya perlukan banyak caffein dan banyak tenaga, saya boleh minum sehingga tiga cawan kopi sehari. Itu jumlah cawan maksimum.

“Namun begitu, saya tak boleh minum kopi selepas jam 5 petang. Jika saya minum selepas waktu tersebut, saya akan mengalami kesukaran untuk tidur,” kata Aizat.

Aizat ditemui di acara Festival Kopi Selangor 2025 (Selcoff 2025) di The Curve, Damansara sebentar tadi.

Selcoff 2025 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor diadakan bermula 17 hingga 19 Oktober 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Selcoff 2025 Himpunkan Komuniti Kopi Serantau… Aizat Amdan, Bunga Turut Meriahkan Acara!

Merupakan duta untuk Tourism Selangor, Aizat bakal membuat persembahan di Selcoff pada Sabtu, 18 Oktober 2025.

“Memandangkan saya memang peminat kopi, saya teruja apabila ada acara sebegini. Ia mendekatkan lagi saya dengan komuniti kopi.

“Untuk mereka yang menggemari kopi, acara ini sangat sesuai untuk anda. Orang ramai juga boleh saksikan persembahan saya di Selcoff pada Sabtu, 18 Oktober jam 9.30 malam,” katanya lagi.



Source link

OR

Scroll to Top