Wajah Anak Jadi Pengubat Rindu Pada Suami, Luahan Hati Isteri Nubhan Sarat Emosi – “Masih Ada Kasih & Doa Buat Dia”

Wajah Anak Jadi Pengubat Rindu Pada Suami, Luahan Hati Isteri Nubhan Sarat Emosi – “Masih Ada Kasih & Doa Buat Dia”


Isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, akhirnya bersuara selepas berita mengenai perpisahan mereka menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, menulis luahan yang penuh ketabahan dan reda terhadap ketentuan takdir.

Katanya, meskipun apa yang berlaku bukan pengakhiran yang diharapkan, dia tetap mensyukuri perjalanan yang telah dilaluinya bersama.

“Alhamdulillah atas segalanya, walaupun penamatnya tidak seperti yang saya impikan. Jalan ini tidak mudah, tapi saya memilih untuk terus melangkah dengan tenang.

“Saya masih menyimpan kasih dan doa yang baik untuk dirinya. Semoga Allah pimpin kami ke arah yang terbaik, sembuhkan luka yang ada, dan gantikan segala kehilangan dengan rahmat-Nya,” tulisnya.

Sementara itu, berdasarkan IGs lain, Dr. Fie seakan meluahkan rasa rindu terhadap Nubhan, yang hanya dapat diubati dengan melihat wajah anak mereka.

“Tak dapat tengok abah, tengok anak ibu sorang ni pun cukup dah,” katanya.

Sementara itu, kes perceraian antara mereka dijadualkan bersambung pada 2 Disember depan, di hadapan Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi.

Dalam prosiding terdahulu, Nubhan selaku plaintif diwakili oleh peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala Dr Afifah diwakili Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Menurut peguam, Nubhan pernah melafazkan cerai pada 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah dan kini, penyanyi itu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai selepas insiden yang didakwa berlaku dalam sebuah kereta pada 26 Ogos lalu.

Difahamkan, perpisahan mereka berlaku secara baik tanpa konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham yang berpanjangan dan mula tinggal berasingan.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.



Source link

OR

Scroll to Top