“Keluarga Saya Tak Ambil Dadah… Kami Semua 100% Normal” – Puteri Balqis

“Keluarga Saya Tak Ambil Dadah… Kami Semua 100% Normal” – Puteri Balqis


Pelakon Puteri Balqis, 18, tampil menafikan tuduhan tidak berasas yang mendakwa ahli keluarganya terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Menerusi kenyataan di media sosial, aktres yang mesra disapa dengan nama Aqish ini menjelaskan keluarganya tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan dadah dan menuntut agar individu yang menyebarkan fitnah itu mengemukakan bukti yang sahih.

“Hi Puan, team kami terima fitnah ni dari anda. Sebab setahu saya, keluarga saya tak ambil dadah. Semua dari family ni tak pernah sekalipun menggunakan dadah.

“Kami semua 100 peratus normal waktu bekerja dan tidak bekerja. Jadi boleh anda sertakan dgn bukti kukuh?” tulisnya di Instagram Story.

Aqish turut meluahkan rasa kecewa apabila ibunya turut dikaitkan dalam tuduhan berkenaan, menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan berniat jahat.

“Bila hati dah sakit, tak dapat jantan yang anda mahu, fitnah pula ibu saya? Fitnah pula keluarga saya?” tulisnya.

Pelakon drama bersiri Keluarga Itu turut menegur individu berkenaan yang disifatkannya sebagai hipokrit kerana menggunakan imej bertudung untuk menutup kelakuan sebenar.

“Anda memfitnah keluarga kami dengan profile memakai tudung. Jangan malukan penyokong-penyokong saya, sahabat-sahaabat kami yang memang bertudung, tapi punya sifat yang baik,” tulisnya lagi.

Mengakhiri kenyataannya, Aqish menasihati individu berkenaan agar berhenti menyebarkan fitnah dan menjaga maruah diri serta keluarga masing-masing.

“Anda juga mempunyai ibu. Adakah ibu anda juga seperti anda? Melihat pada perangai anda pun sudah cukup untuk menilai. Jijik,” tulisnya.

Sebelum itu, Aqish turut berkongsi beberapa tangkap layar dari platform media sosial milik individu yang didakwa menabur fitnah terhadap keluarganya.



Source link

OR

Scroll to Top