Pelakon Uqasha Senrose berkata dia terpaksa berjaga malam apabila anaknya Hawra Uqaira mengalami batuk tidak berhenti sejak beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Uqasha berkata dia juga tidak sihat apabila berdepan demam namun dia akan terus kuat untuk menjaga anaknya.
BACA: “Tetap Setia Walau Dilukai” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya

“Tiga hari kita sama-sama tak dapat tidur malam. Uqaira batuk teruk, ibu pun demam. Empat kali dah pergi klinik.
“Tak mengapa saya akan berjaga untuk awak (anak). Anak ibu kuat dan ibu pun kena kuat untuk awak,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata dia hanya sempat melelapkan mata pada jam 5 pagi dan dua jam kemudian dia perlu bersiap untuk ke lokasi penggambaran.
“Tak mengapa sayang saya tahu awak tak sihat, dah pergi swab di klinik empat kali dan dah bagi Uqaira makan ubat. Sekarang ibu boleh tidur sekejap sudah hampir pukul 5 pagi.
“Nanti pukul 7 pagi ibu kena kerja. Kita tidur sama-sama kejap okay, ibu nak Uqaira cepat sembuh supaya kita berdua boleh dapatkan tidur yang cukup. Nasib ibu dah hari-hari berjaga malam masa awak baru lahir, Alhamdulillah,” tulisnya.