Pelakon dan model Natasha Hudson menjadi perhatian ramai apabila dilihat memadam semua gambar berhijab di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, menerusi Insta Story Natasha turut berkongsikan gambar tidak berhijab ketika melakukan aktiviti sukan di pantai.
BACA: “Dah Lama Pasang Niat Untuk Berubah” – Natasha Hudson Kembali Berhijab

Bagaimanapun, setakat ini Natasha belum memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Terdahulu, pada tahun 2016, Natasha pernah mengenakan niqab namun pada 2022 pelakon itu menjadi perhatian apabila tidak lagi berhijab.
Sumber: Oh Bulan






