Spekulasi mengenai dakwaan keretakan rumah tangga Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi tanda tanya apabila akress berkenaan memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya oleh media.
Memetik Utusan, Uqasha yang ditemui dalam satu program malam tadi dilihat cuba ‘mengelak’ daripada bertemu dengan rakan media yang menunggu di luar studio.
BACA: “Demi Allah, Saya Sayangkan Isteri & Anak Kami”
Uqasha hanya memberikan jawapan ringkas mengatakqn dia tidak mahu ditemu bual kerana mengalami sakit tekak.
“Saya okey, tidak mahu ditemu bual sebab sedang sakit tekak,”katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila pasangan itu menjadi bualan berikutan ada netizen mendakwa mereka saling tidak mengikuti di Instagram.
Bagaimanapun, Kamal ampil menjelaskan mengnai hubungannya dengan Uqasha dalam keadaan baik serta menepis tuduhan mendakwa dia terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk keluarga dan anak mereka, Hawra Uqaira.
Sumber: Utusan






