Pempengaruh media sosial, Betty Rahmad menyifatkan pelakon Uqasha Senrose dikenalinya seorang yang tidak memandang harta benda seperti yang didakwa netizen.
Menerusi perkongsian di Threads, Betty turut berkata Uqasha seorang yang rajin bekerja serta mencari duit dengan berniaga serta meminta netizen untuk berhati-hati apabila berkata-kata.
BACA: “Kamal Pertahankan Rumah Tangga, Abaikan Kata-Kata Netizen Yang Cuba Ambil Alih Tugas Syaitan”

Sementara itu, Betty berkata dia mempertahankan Uqasha susulan ada netizen mendakwa aktres itu memfailkan perceraian kerana suami tidak memiliki kekayaan seperti adik beradiknya yang lain.
