Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Zizi Kirana menyuarakan pendapat berkenaan isu yang menjadi bualan ramai di media sosial antaranya berkenaan hal rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Threads, Zizi berkata ada perkara lebih penting yang perlu diberi perhatian berbanding masuk campur rumah tangga orang.
BACA: Zizi Kirana Mohon Maaf Pada Suami, Minta Halalkan Makan Minum

“Kita ada misi yang lebih penting daripada masuk campur dan komen tentang rumah tangga orang lain,” tulisnya
Sementara itu, Zizi turut mengatakan cukuplah jika kita mendoakan yang baik-baik serta memberi fokus pada hal yang berlaku kepada saudara kita di Palestine.
“Cukup doakan yang baik-baik. Sekarang tolong fokus. Cerita tentang Palestin. Sebarkan tentang Palestin!” tulisnya.