Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengaku berasa serba salah setiap kali diminta untuk berkongsi kehidupannya selepas bergelar isteri kepada aktor, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di TikTok, Amira berkata kehidupan selepas berkahwin mahupun sebelum ini tidak jauh berbeza, kerana setiap fasa kehidupan pasti disertai momen pahit dan manis.
Jelasny, setiap pasangan pasti melalui pelbagai cabaran dan perubahan selepas mendirikan rumah tangga, termasuk dari segi keutamaan dan tanggungjawab.
“Kalau saya kongsi lebih-lebih, orang cakap baru kahwin semua indah. Saya pun serba salah.
“Doakan sahaja, keran saya menyaksikan mak ayah saya dah berpuluh-puluh tahun. Dan, Alhamdulillah masih Allah bagi indah.
“Bagi saya, pahit manis adalah perjalanan hidup. Kahwin atau tidak.
“Ini tak habis-habis cakap baru kahwin… baru kahwin. Doakan sahaja, mudah-mudahan kekal. Biasalah baru-baru kahwin mesti sweet-sweet. Nanti anak dah ramai,sweet tu mungkin makin kurang sebab dah ada komitmen yang lain,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.








