Zizi Kirana Titip Pesan Hidup Bukan Tentang Meraih Pujian Manusia

Zizi Kirana Titip Pesan Hidup Bukan Tentang Meraih Pujian Manusia

Zizi Kirana Titip Pesan Hidup Bukan Tentang Meraih Pujian Manusia


Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menitipkan pesanan mendalam tentang erti kehidupan sebenar yang tidak seharusnya diukur melalui pandangan atau pujian manusia semata-mata.

Menerusi hantaran di Threads, Zizi berkongsi kata-kata penuh makna sekali gus mengajak orang ramai untuk terus teguh dan mencari kedamaian hati tanpa bergantung kepada penilaian manusia yang sentiasa berubah-ubah.

“Hidup bukan tentang meraih pujian manusia yang sentiasa berubah, sebab setiap langkahmu selalunya ditimbang tak adil.

“Tertawalah walau mereka mencari tangismu, diamlah meski mereka menginginkan bicaramu. Jika kamu berjalan dijalan pujian mereka, maka kamu akan tersesat dalam labirin yang tak berujung,” katanya.

Tambah pelantun lagu Eh! itu lagi, setiap individu perlu belajar untuk sentiasa tenang menghadapi kritikan dan tidak membiarkan kata-kata orang lain menentukan kebahagiaan diri sendiri.

“Biarkan merka berkata sesuka hati, kerna kebahagiaanmu bukanlah dari lidah mereka, melainkan dari keyakinanmu.

“Tetaplah teguh, sebab hati yang damai tak butuh persetujuan dunia,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Zizi bersetuju dengan kenyataan tersebut.



Source link

OR

Scroll to Top