Healing Night 2026: Ella, Anuar Zain, Dayang Satukan Jiwa, Kangen Band & Lyodra Panaskan Aura Nusantara!

Healing Night 2026: Ella, Anuar Zain, Dayang Satukan Jiwa, Kangen Band & Lyodra Panaskan Aura Nusantara!

Healing Night 2026: Ella, Anuar Zain, Dayang Satukan Jiwa, Kangen Band & Lyodra Panaskan Aura Nusantara!


Muzik bukan sekadar hiburan tetapi juga terapi buat jiwa. Itulah yang bakal dirasai menerusi Healing Night 2026, pesta muzik berkonsepkan pemulihan diri yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026, jam 8 malam.

Mengangkat tema ‘healing’ yang kini menjadi trend global, acara mega ini menggabungkan lima nama besar Nusantara, Anuar Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Lyodra dan Kangen Band dalam satu pentas yang menjanjikan malam penuh emosi, inspirasi dan keindahan muzik.

Dianjurkan oleh Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan kerjasama Creative Page Sdn Bhd dan Yumeca Sdn Bhd, Healing Night 2026 bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya sebuah pengalaman terapeutik yang menyatukan semangat, ketenangan dan cinta terhadap seni.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yumeca Sdn Bhd, Herman Aziz, acara ini menjadi simbol bagaimana muzik mampu menjadi ruang penyembuhan buat masyarakat selepas melalui tempoh sukar.

“Selepas pandemik, kita semua melalui fasa mencari ketenangan. Healing Night 2026 mengetengahkan muzik sebagai medium terapi, membawa semula tenaga positif dan semangat baharu kepada penonton,” katanya.

Menariknya, selain persembahan hebat barisan artis, konsep healing turut diterjemahkan dalam reka bentuk pentas, pencahayaan, suasana serta aktiviti santai seperti healing tents dan relaxation zones, menjadikan setiap detik di sana satu bentuk rawatan minda yang mendamaikan.

Dengan gabungan aura legenda dan bakat muda, ditambah lokasi ikonik yang penuh sejarah, Healing Night 2026 dijangka menjadi antara konsert paling dinanti dan bermakna tahun hadapan.

“Ini bukan sekadar konsert, tapi keraian jiwa. Setiap alunan muzik, setiap nota semuanya dicipta untuk menyembuhkan,” tambah Herman lagi.



Source link

OR

Scroll to Top