Kes Cerai Tangguh Lagi, Peguam Uqasha Senrose Tarik Diri

Kes Cerai Tangguh Lagi, Peguam Uqasha Senrose Tarik Diri


Kes perceraian pasangan selebriti Kamal Adli dan isterinya, Uqasha Senrose terpaksa ditangguhkan berikutan dia wakil peguam bagi pihak aktres berkenaan.

Memetik mStar Online, peguam mewakili Kamal iaitu Abdul Hadi berkata sepatutnya ada peguam baru yang hadir namun tiada pada prosiding hari ini.

BACA: “Saya Tak Gembira Sampai Ke Sini” – Kamal Dedah Kena ‘Block’ Dengan Uqasha

Hadi berkata lagi, mahkamah memberi peluang dan amaran kepada Uqasha untuk hadir bersama peguam bagi meneruskan prosiding.

“Hakim bagi peluang dengan amaran untuk Uqasha datang sekali lagi dengan peguam bagi teruskan kes ataupun tidak,” katanya.

Mahkamah menetapkan 19 November depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Uqasha memfailkan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu kerana tiada persefahaman.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top